Entry: Tak kenal maka tak cinta Friday, June 30, 2006



Tadi aku ditanya satu soalan yang menarik.

"Makin kita kenal seseorang tu, makin kita tak suka ek?"

Terdiam sekejap.

"Bukan tak kenal, maka tak cinta ke? Jadi sepatutnya makin kenal, makin suka la kan?"

Sebenarnya, makin kita mengenali seseorang itu, makin terserlah sifat dan perwatakannya yang sebenar. Jadi bila terjadi begitu, nampaklah keburukan dan kebaikan, jadi makin suka kalau kebaikan melebihi keburukan dan sebaliknya.

Lepas tu aku terfikir pulak. Manusia ni, selalu berpura-pura, memperlihatkan dirinya baik semua. Yela, siapa tak nak diri di sukai orang lain kan? Tapi kalau banyak sangat pura-pura, tak ke menipu namanya? Sampai bila boleh berlakon?

Kadang2 geram juga. Kita tahu perangai seseorang itu, tetapi di sebabkan dia control cun/macho, maka orang yg tidak kenal dia, memujinya melambung tinggi. Sedangkan kita yg mengenali dirinya yang sebenar, tahu dia tidak lah seperti pujian yg meninggi itu. Paling tak suka bila di bezakan kita dan dirinya. Padahal hakikatnya, setiap orang ada kebaikan dan keburukan mereka sendiri.

Buka mata!

Ada juga phrase lain. Be yourself. Jika bercinta, biarlah orang itu mencintai diri kita yg sebenar. Jangan mengubah diri hanya kerana cinta.

Tapi semakin ramai pula yang berpura sekarang. Hah.. lawaknya kehidupan dan manusia!

*Aku pun ada "berlakon" gak.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments